3 June 2017

EXA Setiawalk Outpost - Permainan Hyper-Reality Pertama Di Asia


Memperkenalkan EXA Global adalah syarikat hiburan teknologi digital dibawah payung Kumpulan Havson telah melancarkan pusat hiburan keluarga iaitu : (Family Entertainment Centre – FCE) berteraskan hyper-reality berteknologi terkini bertempat di EXA Outpost, Setiawalk, Puchong. 


Majlis Pelancaran EXA Global Hyper-Reality Experience



EXA Global Hyper-Reality Experience adalah permainan advance ‘virtual-reality’ dan ‘Sci-fi shooting games’ yang terdiri daripada 4 pemain dalam tiap satu kumpulan. Setiap pemain haruslah dilengkapi dengan peralatan canggih seperti EXA Gear yang merangkumi senapang, backpacks, headset, bateri dan juga sistem pengecas serta bermain dalam ruang khas yang telah disediakan.


Mr Richard Lee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif EXA Global berkata; permainan ini telah direka sepenuhnya oleh EXA Global dan yang pertama di Asia Tenggara. Ianya adalah permainan yang melibatkan kerjasama berkumpulan dimana pemain haruslah menjadi sebahagian daripada jalan cerita juga perlu menjayakan misi peperangan seakan-akan ‘Starship Troopers’ dalam dunia 'hyper-reality' yang mencabar.


Dimensi Hyper-Reality EXA Global Setiawalk Outpost



Para pemain juga berpeluang merasai peralatan EXA Gear dan segenap ruang di EXA Outpost Setiawalk ini selepas majlis pelancaran berlangsung. 


Terdapat beberapa ruang yang merangkumi bahagian Hyper-Reality Museum yang mempamerkan kemajuan EXA Global dalam teknologi Hyper-Reality danHyper-Reality Arcade Entertainment Center untuk ruangan pemain virtual-reality.

Selain itu, EXA Global Hyper-Reality Entertainment di Setiawalk Outpost ini tidak hanya sekadar permainan dan hiburan semata-mata, malah ianya juga merupakan permainan berteknologi canggih era digital, juga sesuai untuk membina semangat berpasukan dan antara aktiviti terbaik pengisian ‘team building’ atau boleh juga dijadikan sebagai aktiviti riadah menarik bersama keluarga.

Cabaran Hyper-Reality Experience Di EXA Setiawalk Outpost


Menariknya lagi, bagi mereka yang ingin menerokai cabaran EXA Global Hyper-Reality Experience di Setiawalk Outpost, mulai ( 3 JUN 2017 ) , telah diadakan promosi "Beli 1 Percuma 1" !!  tiket masuk bernilai RM65.00nett !! 

Apa tunggu lagi ?? Marilah berkunjung ke lokasi EXA Setiawalk Outpost SEKARANG !!

Alamat :
EXA Setiawalk Outpost
B-11-1, Block B Setiawalk, Persiaran Wawasan,
Pusat Bandar Puchong, 47160,
Puchong, Selangor.

No. Tel. :
Tel: 03 8051 6333


Fb: www.facebook.com/EXAGlobal

Ig: www.instagram.com/exaglobal

Website: www.exa-global.com





2 comments:

  1. Wahh..best je tempat ni yaya

    ReplyDelete
  2. nampak menarik game ni. bila dah sebut family maksudnya kanak-kanak pun boleh join sekali la nih.

    ReplyDelete