23 September 2015

REVIEW : TELUR PINDANG NORDIN TERKENAL DI JOHOR !!




Assalamualaikum & selamat pagi semua....mungkin di sini ada di antara korang yang tahu pasal telur pindang ni apa dia kann...?? ada juga yang pernah dengar pasal telur pindang, tapi tak pernah makan lagi sebab ada sesetengah tu kata tak reti makan . Xpeee....nanti lama - lama pandailah. Orang kata, belum cuba belum tahu...so...mesti merasa jugak kalau tak tahu apa rasa makan telur pindang ni. heheee....


Displaying 12043038_924263210980331_7708292082715656943_n.jpg



Sejarah Nordin Telur Pindang Entreprise

Pagi ni yaya suka nak ceritakan sejarah perniagaan keluarga yaya yang dah beroperasi masuk 9 tahun. Ceritanya begini, waktu tu yaya tingkatan 5 dan baru berpindah dari Kuantan, ke Johor semula pada tahun 2007 dan ketika itu ayah yaya dalam proses nak bersara tentera. Ayah juga telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan keluarga dan terfikir - fikir apakah perniagaan yang jarang orang lain buat. Ada juga saudara - mara dan kawan - kawan ayah nak ajak buat 'business partner' buat kontraktor lah, restoran lah, malah juga 'offer' ayah join RELA . Tapi ayah hanya selesa untuk buat bisnes sendirian dan keluarga turut sama bantu - membantu. Di samping itu juga, dapatlah ayah selalu bersama - sama kami sepanjang masa...setiap hari di samping kami...sebab kalau macam sebelum ni, ketika ayah bertugas sebagai seorang anggota tentera, ayah selalu pergi 'outstation' ikut latihan perang dan sebagainya. Jadi, waktu bersama kami sekeluarga bersama ayah amatlah jarang...sampai ummi yaya kadang - kadang tu menangis rindu dekat ayah...romantik kan...?? hihii....

Ada suatu ketika, ketika pulang ke kampung di Ayer Hitam...borak panjanglah ayah dengan ummi, dengan maktok dan tok abah, pasal nak bukak bisnes apa ehh...?? Akhir sekali dengan cadangan tok abah, telur pindang jugaklaaa pilihan hati orang tua yaya...haaa...

Untuk permulaan, kami hanya letak telur pindang di kedai makan dan restoran untuk cuba dapatkan pasaran kecil - kecilan. Apabila sudah stabil sedikit dan orang telah mula mengenali perniagaan kami, atas permintaan orang ramai, kami mendapat tempahan telur pindang bagi majlis dan juga kenduri. Maka dengan itu, terciptalah nama 'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' yang berlesen !!


Displaying 11035691_487779468052907_4581071626574003073_n.jpg



Apa itu Telur Pindang ? 

Telur pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor. Ianya merupakan telur yang direbus bersama 'air herba' selama beberapa hari dan telur pindang juga boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih atau sebulan jika dijaga dengan rapi, sama ada melalui masakan dan juga penyimpanan yang elok. Dek kerana itu, telur pindang telah menjadi bekalan perjalanan para pegadang pada zaman dahulu kala. 

Permintaan'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise ini diperkembangkan lagi dengan warisan Johor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa para pelanggan. 

'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak bagi tujuan tertentu sejak 8 tahun yang lalu. Telur pindang juga bukan sahaja sekadar menjadi Buah Tangan Tetamu, malah ianya juga sesuai menjadi Penyediaan Makanan dalam sesebuah Kenduri Perkahwinan, Cukur Jambul, Majlis Formal, mahupun Tidak Formal, dan sebagainya kerana penyediaan makanan telur pindang ini adalah menyeluruh.

Menariknya di sini, telur pindang keluarga kami bukan sahaja dikenali ramai di Johor, malah potensi kami sudahpun memasuki ke Singapura yang berkembang masih terbuka luas. Setiap minggu kami mendapat tempahan daripada orang Singapura yang singgah ke tempat kami untuk mengambil telur pindang hasil dari kami sendiri.

Telur pindang yang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa serta warna yang unik, juga dapat menaikkan keinginan untuk menjamunya. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya.


'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' di Media


1) Majalah Aroma


Displaying 11900064_415838078605718_7031072278473966492_n.jpg


Pertama sekali yaya nak ucapkan terima kasih kepada kak Azura Rahman yang sudi menemu ramah perniagaan kami untuk dipaparkan ke dalam majalah Aroma pada September 2015 . 

Displaying 11913903_1702746529946427_5936595196327246904_n.jpg

Displaying 11960262_415838075272385_9192525699341755337_n.jpg





Blogger Bella Idura turut teruja pada telur pindang keluarga kami ketika majlis persandingan blogger terkenal Hanis Zalikha, sampai dia 'up' entry untuk kami. hihii...tenkayu kak Bell...heheee....

 





Terbaru abg Najeeb yang selalu bagi pesanan dan nasihat pada yaya juga turut teruja bila yaya bagi telur pindang ni pada dia.. :) 




Sebagai penutup kata entry ini, yaya wakil keluarga Nordin dan Roszaina mengucapkan ribuan terima kasih buat para pelanggan kami yang setia bersama kami dari pembukaan empayar kami berbisnes, hinggalah sekarang..termasuklah yang baru mengenali perniagaan ini. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Semoga terus selesa dengan perkhidmatan yang kami berikan. 

Doakan semoga empayar ini terus kekal tanpa berpenghujung. In shaa Allah ...


Untuk tempahan terus,

Blog : 

NORDIN TELUR PINDANG ASLI ENTREPRISE



Facebook :




Nordin      :  0137246472

Roszaina  : 0136209318 (Whatsup)






TELUR PINDANG.... CANTIK WARNANYA....
ISINYA COKLAT..BEGITU JUGA
TENGAHNYA ...DALAM MAJLIS KAHWIN...JADI
HADIAHNYA...RASANYA ENAK..DARI JOHOR
ASALNYA....



18 comments:

  1. slalu tgk buatan org cina je.. ni yg melayu ye

    Mari lawat blog cik en
    Nurfuzie.Com
    Cik en mencari sponsar untuk GA cik en
    Pencarian Sponsor Give Away Nurfuzie Dot Com #1
    Entry terbaru cik en mengenai
    Apa Itu Lotus Birth?

    ReplyDelete
  2. memang feveret ni, lagi2 kalau ada kerja kawin

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lagi telur pindang

    ReplyDelete
  4. Ouhh ini ke terlu pindang. Pernah makan dulu, tapi tak tau pulak namanya dan asalnya. Hahaha tau makan je :P

    ReplyDelete
  5. baru tahu nie?
    adeh..
    nampak gaya kena oder jugak nie nak rasa.

    ReplyDelete
  6. Sedap eh yaya.kak umul xpnh mkn...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Alya dari BW Emas Putih (uzu) dah follow awak jugak.thanks sudi BW.
    Sedapnya telur pindang,dah la berkhasiat :))

    http://chentazulya.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan dan teringin nak mencuba =)

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan telur pindang.. sedap ke?

    ReplyDelete
  10. akak pernah makan tapi tak kena kat tekak.. terus tak mengidam lagik.. hee~ orang Johor memang wajib dengan telur pindang kan kaau ade pape keraian..

    ReplyDelete
  11. Radio Senyap datang sini. Dah follow. Nanti saye add dlm bloglist.

    ReplyDelete
  12. Hi Yaya. Mama Olin first time BW sini.. Telo pindang mmg fav kita. Tp ramai org tak reti makan..

    ReplyDelete
  13. wahhh. dulu selalu dapat telur pindang bila pergi rumah orang kahwin. tapi sekarang, dah jaranggg sangat. semoga perniagaan bertambah maju. hee :)

    ReplyDelete
  14. Hari tu pergi kenduri kawin di johor dorang bg telur pindang ni... tapi tak pandai makan... huhuhu

    anyway, moga perniagaan ayah yaya ni akan terus berkembang maju... insyaAllah... amin...

    ReplyDelete
  15. lama dah xmakan telur pindang ni.dah xingat rasa dia macamana.huhu.
    moga terus sukses bisnes family yaya.

    ReplyDelete