7 January 2017

"31 Days Challenge by JDT Blogger" - Day 3 "Gambar dengan Kawan"




Dah pun hari ketiga yaya join cabaran ni. Untuk cabaran kali ini, yaya haruslah menceritakan kisah gambar bersama kawan-kawan. Untuk kisah kali ini, yaya kongsikan beberapa foto bila tamat zaman persekolahan. Jom skrol ke bawah..


Kenangan bersama rakan seperjuangan ketika menuntut pelajaran di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat. Kami ambil jurusan ICT Multimedia Interaktif selama setahun setengah. 
  

Gambat kedua pula adalah ketika menyambung pengajian ke peringkat Diploma Seni Lukis Seni Reka di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Machang, Kelantan. Di sana yaya bersama rakan seperjuangan menuntut ilmu selama dua tahun setengah.


Foto ketiga ketika melakukan aktiviti reunion sekolah kami iaitu, Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Malaysia, Johor Bahru. Reunion ini diadakan di Pulau Pangkor pada 2 tahun yang lepas.


Yaya bersama sahabat ketika bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur. Ketika ini kami pergi menghadiri kursus bina diri di Bayview Hotel, Langkawi pada 4 tahun tahun yang lepas.


Foto seterusnya adalah ketika bekerja di bilik gerakan UMNO Bahagian Simpang Renggam, Johor. Yaya antara orang muda yang dilantik sebagai AJK Bilik Gerakan pada ketika itu. 



Akhir sekali, kedua-dua gambar di atas dan di bawah adalah kenangan bersama rakan-rakan ketika berada di Kelantan bagi Misi Bantuan Pasca Banjir.


Cabaran yang seterusnya adalah "Apa yang ada di dalam beg?" hahaa...esok kita tunggu dan lihat yea..sama ada yaya mampu kekalkan prestasi atau tidak.

-bye-

9 comments:

  1. Good job Yaya. Ambik mood nak cari gambar ni :)

    ReplyDelete
  2. wahhh berderet gambar..akak bubuh 1 je hehehe

    ReplyDelete
  3. nice yaya...cute je gmbr last sekali tu....hehe

    ReplyDelete
  4. Saiz badan macam x berubahhh..hahaha...ok, x sabar tunggu ape ade dalam handbagg~

    ReplyDelete
  5. ramainya kawan yaya :)

    http://www.kasihjuju.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-4.html

    ReplyDelete
  6. Waaaaaa ada challenge bestnya.. cantik blog yaya..

    Yaya ni cute comel jerk...

    ReplyDelete
  7. Gigih yang sungguh nie... Kat mana la I letak gambar2 lama ye? Album atau hard drive ek? Haha

    ReplyDelete
  8. throwback nih,. hehehe

    *drop by from: http://edrinazulkafli.blogspot.my/2017/01/day-3-gambar-dengan-kawan.html

    ReplyDelete