16 January 2017

"31 Days Challenge by JDT Blogger" - Day 12 "pengalaman seram "



Assalamualaikum...

Korang nak tahu ke pengalaman seram yaya ? hihihi...kang cerita korang takut pulak...

Alkisahnya macam ni..kisahnya berlaku ketika yaya berada di tingkatan 4. Yaya salah seorang krew teater di Taman Budaya, Kuantan, Pahang. Di sana krew yaya melakonkan teater Mencari Cahaya. Teater yang kami lakonkan memang berunsurkan kehidupan seorang penagih dadah. Dalam masa yang sama, terdapat tarian yang menyeramkan juga.

Kisah yang paling yaya tak dapat lupakan sepanjang pengambaran, krew kami sering diganggu oleh makhluk Allah iaitu .. tuttt.... Banyak kali krew kami cuba ikut pantang larang ketika berada sesi pengambaran di sana, namum seringkali digagalkan oleh makhluk Allah tersebut. Sehinggalah berlaku beberapa perkara yang tidak diingini, ramai antara krew kami yang cuba melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri kami sendiri. 

Sepanjang krisis yang berlaku, ada antara krew kami yang cuba untuk membunuh diri sendiri, termasuklah membunuh sesama sendiri. Benda-benda macam ni tidak disedari sebab ada yang cuba mengganggu krew kami. Ada yang cuba mengazankan, tapi gagal dan terperangkap oleh makhluk Allah tersebut.

Kalau korang nak tahu, penari-penari yang berjoget di sepanjang persembahan berlangsung, hampir kesemuanya tidak sedar tau apa yang mereka persembahkan. 

Nak ceritakan memang panjang dan seram sangat. So yaya rasa tak perlu dipanjangkan. Biarlah yaya seorang yang simpan sendiri, termasuklah krew kami. Rahsia disimpan ketat.

Wasalam

4 comments:

  1. mak aihhh..seram ek..tak sedar diri tu..

    ReplyDelete
  2. wawa pernah baca pasal tarian ulik mayang...lagu skrg ni bkn full version sbb yg full bahaya...

    http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/31-days-challenge-day-12.html

    ReplyDelete