20 December 2016

MENARIK DI SEKINCHAN

Haiii assalamualaikum..

Terkini perkembangan yaya sekarang berada di Johor Bahru kalau korang nak tahu lah..sejak yaya dapat cuti 2 bulan selepas tamat kontrak syarikat lama yang yaya berkhidmat dulu , kini yaya dah masuk bulan kedua fulltime blogger hokey..fuhhh..rasa seronok giler seyhh! Nak kata teruja pun boleh tahanlah sebab yaya sebenarnya kan , dah bosan tau bekerja bawah arahan bos atau majikan..hahaa…so bila sekarang ni dah boleh dikatakan fulltime blogger , yaya lebih selesa dengan life yaya sekarang tak terikat dengan mana-mana kontrak. See?? Bebas kan?? Woohooo!!

Let said, actually yaya teringin sangat nak pergi jenjalan tau. Asyik jadi beauty blogger jerk kan. Teringin nak jadi travel blogger ke , syok giler la sebab dapat pergi round satu dunia..woohoo!syok giler seyh!
Malaysia ni banyak sangat tempat yang menarik untuk pergi bercuti yer. Cerita pasal jalan-jalan , nak ke mana-mana mesti wajib ada tempat tinggal kan?! So tengok sini..memperkenalkannnnn…. Sekinchan Hotel !! Apa yang menarik untuk korang patut tahu di sini? Meh yaya story .

Melihat keindahan alam yang memukau penglihatan pengunjung, Sekinchan Hotel adalah salah satu tempat yang sesuai untuk bercuti. Boleh dikatakan suasana di sana amat nyaman dan harmoni membuatkan korang jatuh cinta terutama bila dapat melihat sawah padi yang terbentang luas. Sekinchan adalah sebuah Bandar kecil di mana terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor yang mana di sepanjang laluan Pantai Persekutuan iaitu diantara bandar-bandar Sabak Bernam dan Tanjung Karang. Untuk pengetahuan , Sekinchan juga merupakan lokasi utama bagi hasil laut dalam Negeri Selangor!! Wahhh seronoknyaaaa….nak lagi seronok , di sini juga terdapat Sekinchan Hotel dan Homestay untuk korangg korangg semua menginap. Hotel dan homestay ni kalau tak bertaraf bintang pun, tapi kemudahan yang disediakan tu pergghhh meemangg puas hati giler seyhhh…

Bila dah sampai sana, jangan lupa untuk bermalam di Farm Villa CafĂ© dan Homestay sebab ini akan membuatkan korang rasa sangat-sangat teruja terutama pemandangan alam yang amat indah. Homestay yang dibina dengan gabundan kontena yang dikenali dengan nama “Sekinchan Container Hotel” ini menampilkan 10 buah kontena dengan rekaan moden. Korang boleh pergi di bahagian atas untuk berehat dan menenangkan fikiran. Di situ korang dapat melihat pemandangan sawah padi yang cantik tanpa gangguan televisyen dan Wi-fi.


Di homestay ini terdapat ruangan di mana sesuai dijadikan tempat bermain trampoline dan kawasan putter untuk golf yang mana dikelilingi dengan sawah padi yang amat luas. Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh juga menyewa basikal atau kereta kompak untuk pergi bersiar-siar di kawasan bendang mahupun sekitar kampung. Amacam? Seronok sangat kann?!! Korang try laa riki-riki dekat https://www.traveloka.com/en-my/   . Kat sana korang boleh pilih kat mana korang nak stay in. Tapi ikut bajet korang laa kan..jangan membazir pulak..kikikii…

Fuh…panjang tau story yaya ni..haha…okay , nak tahu apalagi yang korang akan rasa seronok di Sekinchan tu? Bila korang sampai sana, jangan lupa untuk ke Kuala Selangor Nature Park yang mana terletak di tepi muara Sungai Selangor. Di sana adalah sebuah taman yang amat popular terutama pada bulan September sehingga April. Sebab apa yaya kata macam tu? Sebab di sana adalah sebuah taman yang menjadi persinggahan burung-burung dari luar negara dan tempatan……..whoaaaaa…seronoknyaaaaa. Selain dapat meilhat burung-burung liar, di sana juga korang boleh lakukan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya adalah meredah hutan paya bakau, melihat binatang paya bakau yang liar, serta dapat join jungle tracking!! Ahaa..ada lagi nak bagitahu ni, terdapat juga aktiviti menarik di sana yang korang boleh dapat lihat adalah serangga kelip-kelip di Kampung Kuantan. Eh, korang mesti pernah dengan nama kampung ni kan? 

Kalau korang tak pernah tengok lagi dan rasai sendiri pengalaman ni, korang bolehlaa ke sana untuk melihat kecantikan kelip-kelip di sepanjang sungai. Please makesure, bawa sekali mosquito repellent supaya tak kena lovebite dengan nyamuk-nyamuk nakal di sana tu..hikss…tapi kan, kat sini sambil-sambil tu yaya nak suggestkan untuk korang menginap di beberapa KualaSelangor hotel di sana tau..

Apalagi nak cerita yang menarik ni? Banyak lagi tempat-tempat menarik di Sekinchan kalau korang nak tahu. Di sana terdapat sebuah pantai yang sangat sangat cantik yang diberi nama Pantai Redang. Pernah pergi tak? Tak pernah? Ahaa..meh nak story. 

Pantai Redang yang sememangnya lokasi menarik untuk lihat matahari terbenam. Sesuai untuk mereka yang baru berkahwin, boleh sweet-sweet di sini..gittew… Pantai ini agak tersorok sedikit, namun ianya sering menjadi tempat pelancong datang ke sini. Tak jauh dari situ, terdapat sebuah jeti yang diberi nama Jeti Sungai Labu, Bagan Sekinchan di mana menjadi pusat pendaratan para nelayan untuk memunggah hasil-hasil tangkapan di sana. Adalagi ni , di pulau ini wujudnya sebuah Menara Tinjau yang tingginya 100 meter ke atas…whoaaaa….tinggi giler…. Jadi, please korang jangan lepaskan peluang panjat menara tu untuk melihat suasana perkampungan di pulau. 

Nak tahu apalagi yang korang boleh buat di sana? Huwaaa banyak tauuu..sangat-sangat banyakkk…di sana korang boleh mengetahui selok belok seharian kerja-kerja nelayan menangkap ikan. Selain tu, korang bolehlah mendapatkan pakej bersama nelayan untuk menaiki bot dan pergi ke laut untuk turut serta menangkap ikan dalam suasana sebenar. Tapi korang kena ingat, benda wajib pergi bercuti mesti kena tempat menginap. Di sana terdapat beberapa Sekinchan Hotel dan homestay yang disediakan untuk para pelancong.

Tak tahu apalagi tempat menarik bila tahu korang ni memang suka buat Sekinchan day trip ?? apa kata korang ke kilang beras pula untuk buat lawatan…hahaaa…. Sekinchan tu kalau korang nak tahu, ianya juga adalah tempat pengeluar hasil beras yang tinggi di Malaysia tau , iaitu PLS Marketing (M) Sdn Bhd (Kilang Beras atau Rakyat Sekinchan Sdn Bhd) adalah salah satu kilang pemprosesan padi di sana.

Bila dah sampai ke kilang ni, korang akan dipaparkan dokumentari pendek sejarah Sekinchan dan juga aktiviti pesawah dari zaman dulu sehingga sekarang. Sememangnya amat banyak perubahan di sana dan menjadi lebih moden. Tak lupa juga , korang boleh melihat sendiri cara pemprosesan beras dan membeli beras istimewa yang dikenali sebagai beras mutiara. Apa yang menariknya di sini , terdapat muzium padi istimewa yang lebih dikenali sebagai beras mutiara. Alaa… yang macam kat dalam televisyen korang selalu dengar, kan? 

Lebih menarik lagi di kilang ini juga terdapat muzium padi yang korang akan kenal beberapa peralatan dan juga replica mesin yangpernah digunakan oleh pesawah. So, apalagi yang korang nak ragu-ragukan ? Pilihlah lokasi ini untuk dimasukkan ke dalam diari percutian di Selangor. Korang akan rasa sendiri keindahan di sana bila jadikan Sekinchan juga merupakan tempat percutian yang amat menyeronokkan!

Moga perkongsian yaya kali ni benar-benar buat korang decide untuk ke sana! 

1 comment:

  1. Salah satu tarikan yang ada di Selangor. Ramai juga tak tahu lokasi Sekinchan ni kat mana, walaupun dah lama tinggal di Selangor

    ReplyDelete