20 September 2016

Yaya di Komtar , Pulau Pinang

Tergerak hati nak buka diari di facebook pasal yaya kat Komtar baru ni..actually sebenarnya yaya tak pergi Komtar pun..saja hari tu sembang dengan kak Eira Aikawa dalam chat fb, kak eira bagitahu ternampak gambar muka yaya kat sebuah kedai kosmetik ni. Nama kedai tu tak dikenalipasti pula. Tapi kalau korang tengok kat signboard bawah ni ada terpapar Vendor Boutique tu, haa kat situ laa tempatnya..


Kelihatan pelbagai barangan yang dijual kat kedai ni yea..rasa macam tertarik nak ke sana jumpa dengan owner kedai, nak berkenalan..hihi..

Barangan yang dijual tu hampir kesemuanya adalah keperluan dan kehendak wanita masa kini. Sesuai dengan hobi yaya gemar mengumpul dan dapatkan barangan kecantikan.. Kalau dekat dah pergi da..harapan yaya dapat berhubung dengan owner kedai ni. Tak dapat jumpa pun tak apa..nak ucap tanda penghargaan pun jadilah..hihi




Korang boleh pergi ke belog Eira Aikawa  untuk tahu lebih lanjut ya...
Terima kasih sudi membaca. Doakan yaya murah rezeki, berjaya dunia akhirat..aamiin..

Wasalam ^-^

4 comments: