30 September 2016

Gambar - Gambar Hospital ( Lama ) Daerah Kluang


Hospital (lama) Kluang, Johor. Inilah antara tinggalan sejarah lama bagi rakyat Johor Darul Takzim, tidak ketinggalan juga buat Yaya. Walaupun Yaya bukanlah anak jati Johor, tapi inilah tempat lahirnya seorang Nurhidayah Nordin dan juga adik - beradik Yaya.



Tanggal 9 Ogos 1990, lahirnya seorang cahaya mata Nordin dan Roszaina di sini yang memecah hening di subuh hari. Alhamdulillah..ya Allah, rindu rasanya hospital ini. Kini hanya tinggal sebuah kenang - kenangan. 

Yaya ingat lagi, ini adalah pandangan dari atas bukit menuju ke wad pesakit. Memang agak seram juga hospital ini, Yaya akui tersebut. Tapi di mana - mana pun sama sahaja kan, kita semua hamba Allah swt.

  


Di kawasan ini adalah berdekatan dengan kantin, di sini memang jika Yaya ke hospital, akan melalui kawasan ini untuk membeli makanan dan minuman.





Moga segala kenangan di sini terus terpahat di hati rakyat, kerana di sinilah kita bermula :)


4 comments:

  1. seramnya kak yaya. lama dan menyeramkan

    ReplyDelete
  2. Yaya orang kluang ke? Kenapa tak tahu. Haha. Btw dulu pun anis duduk kluang sebab abah anis army.. Kem mahkota ^^

    ReplyDelete
  3. Dah tk bkk eyh hspital ni? KenangAn :)

    ReplyDelete