29 July 2016

AnsarComp Raya Open House



Assalamualaikum...yeaheayyy...seronoknya pi open house !!! hahahaa .... baru-baru ni yaya ada join open house di Putra Heights, Subang Jaya. 

Majlis ini dianjurkan oleh rangkaian syarikat AnsarComp yang semuanya beroperasi di Putra Heights iaitu AnsarComp (M) Sdn Bhd,AnsarComp Paradigm (M) Sdn Bhd dan AnsarComp Hospitality Sdn Bhd. 


Rangkaian syarikat AnsarComp ini diterajui oleh Mohd Zaini Bin Mohd Yatim selaku pengarah Urusan dan Ramlah bt Hamad  sebagai Pengarah Eksekutif. Syarikat yang mempunyai Services Consultant Halal, Sirim, Restaurant Maidah Cuisine, Pasaraya D Ansar Mart, dan Itqan Professional Training Centre yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya berhampiran Bank Islam Putra Heights. Kalau korang nak tahu, di sini adalah tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat latihan, acara untuk disewa. 





Untuk pengetahuan korang laa kan, rumah terbuka ini adalah kerjasama antara D'Ansar Mart, Halal, Pusat Latihan Profesional Itqan & Maidah Cuisine. Terima kasih atas jemputan yang amat menarik ni. Kat sana yaya dipertanggungjawabkan sebagai media, sambil bekerja, kita makan sekali..hihi....siaplah nanti kena pakai korset..hehehe...



Ada baiknya kita sesama muslim buat open house masa raya ni kan, sebab sambil kita dapat mengeratkan silaturrahim, kita juga dapat menggalakkan syarikat - syarikat saling bekerjasama bagi mewujudkan kesedaran meningkatkan lagi kualiti perniagaan masyarakat setempat selain mempromosikan produk Halal terutamanya bagi Industri Kecil dan syarikat - syarikat sederhana iaitu yang dipanggil (IKS) . 



Eheheh....bila tengok gambar ni teringat balek masa kat open house ni..yaya ingatkan air tau, rupa - rupanya sos pencicah laa !! haahaha...kelam kabut yaya lepas kena gelak dengan kawan yaya kat sana..hehehee...eh korang , yaya dah rasa sos pencicah ni hah. Sedap betol kalau buh kat keropok lekor ke , keropok ikan ke , ayam goreng ke , haaa .... tak pedas sangat ponn laa .. kena dengan tekak korang , haa .. lagi satu , selamat pon selamat , sebab tak pakai botol uollss..huhu...korang bukak tutup dia, pastu tutup balek .. letak kat meja pun tak perlu risau jika ada kecil .. hihiks .... mudah kan ^_^




Kat bawah ni antara stalls yang yaya dah serbu..hihiks...yaya suka cakap jujur tau , kalau pasal makan memang yaya tak suka tolak rezeki..haaa...jadi jangan tanya kenapa atas meja banyakkk sangat makanan..eheh..




Char kway teow memang kegemaran yaya masa zaman belajar lagi..hehee..yaya baru reti kot makan char hway teow masa umur 20 tahun !! hah !! terkejut tak ?? tuh pun belajar dengan roomate masa kat UiTM dulu..hah !! jangan gelakkan yaya tau .. ehehh...


Terliur ek tengok pagi - pagi macam ni ? hahaa....sat rehat p cari noh..hihiks... :D


Masa first sampai kat sana, yaya terus nampak rojak ni..hehee....tersengih - sengih yaya kat orang yang jaga stalls ni..rasa dia perghhh...sedap gilerrr...nyumm nyum !!! 



Ni antara desert yang dihidangkan..nak amek banyak-banyak malu..sebab tangan dah penuh..hihikss....



Rasa rugi jer tak amek brownies ni... Lepas ni kena cari sebab dah terliur rasanya..huwaaa... ;(




Macam mana nak berurusan dengan mereka ? boloh direct contact di talian 03-5191 1721 atau e-mel ke d_ansar@ansarcomp.com.my. Boleh juga terus ke cawangan mereka di No. 30, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor. Layari laman sesawang di http://dansarfood.weebly.com/ 

atau boleh juga berurusan bersama Maidah Cuisine di 0351911721/01132133303. Layari laman sesawang mereka di http://maidahcuisine.blogspot.my/ atau boleh terus walk in di 32-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Putra Heights Subang Jaya, 47650 Selangor.



Yaya harap dengan perkongsian ni dapat membantu pada semua pembaca bagi memudahkan mencari makanan segera dan minuman segera yang halal , tanpa ragu - ragu. Lepas ni korang tak perlu risau kat mana nak cari kan ? D Ansar Mart dan Maidah Cuisine kan ada !! ;)

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya! Nampak menyelerakan satay tu ;)

    ReplyDelete
  2. lapar pulak tengok makanan tue ^_^

    ReplyDelete
  3. Wah, nampak sedap char kway teow tuh...weekend ni nk cube la, dekat je dgn rumah tp xperasan ade kedai makan ni...������

    ReplyDelete