19 July 2016

6 Air Detoks Ini Buat Wanita Langsing Cepat



Air detoks atau infused water menjadi salah satu trend kesihatan untuk menurunkan berat badan. Apakah sebenarnya air detoks? Kalau tengok air detoks cuma air putih yang kemudian dimasukkan pelbagai macam buah-buahan segar. Perlu direndam selama beberapa jam atau seelok-eloknya sehari semalam sebelum diminum. Buah-buahan yang disyorkan dimasukkan dalam air detoks adalah buah-buahan bertekstur keras.

Diet detoks membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan. Tapi macam mana pula untuk sediakan air detoks ini, ya? Haaa.. mungkin anda boleh rujuk cara ini:


1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.


2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.


3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.


4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.  


5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.


INFO: Air detoks membantu:
* Menurunkan berat badan
* Melancarkan sistem penghadaman
* Mengelakkan sembelit
* Meningkatkan serapan vitamin

1 comment:

  1. Aduii kalau lea buat ni tataw la leh telan dak ni..

    ReplyDelete