1 June 2016

Sinopsis Drama Lambaian Ramadan

Drama Lambaian Ramadan adalah sebuah drama istimewa yang akan mula disiarkan malam ini di Slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh gandingan pelakon-pelakon hebat antaranya Adi Putra, Elizad Sharifuddin dan Puteri Balqis.
Drama Lambaian Ramadan telah diterbitkan oleh A Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaluddin. Turut membintangi drama 13 episod ini adalah Reen Rahim, Izz Ilham, Muntazar Ghufran, Qazim Nor.



Sinopsis Drama Lambaian Ramadan

Drama Lambaian Ramadan mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga Adam dan Shila. Pada awalnya Adam (Adi Putra) dan Shila (Siti Elizad) hidup bahagia bersama tiga orang anak mereka iaitu Iman (Izz Ilham), Iskandar lakonan Muntazar Ghufran dan Nurin (Puteri Balqis). Namun kebahagian itu tidak berkekalan bila wujudnya orang ketiga lakonan Reen Rahim yang membawakan watak Warda.
Warda berjaya menawan hati Adam dan dalam diam Adam mula curang demi untuk kepentingan perniagaannya. Namun akibat kehadiran Warda, Adam mula mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Dalam masa yang sama, tanpa disedari anak bongsunya, Nurin menghidap satu penyakit kronik.



Apa akan berlaku kepada kesudahan drama menarik yang membawakan tema kekeluargaan ini? Jangan lupa saksikan Drama Lambaian Ramadan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 31 Mei 2016 (malam ini) pada jam 10:00 malam.

11 comments:

  1. Best jugak cerita ni. Cikla dh tgk episod pertama semalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram jer episod pertama tu kan ...

      Delete
  2. kita tak sabar weh nak tengok cerita ni..

    ReplyDelete
  3. huhu dah kenapa semua cerita sama waktu ini..best pulak layan drama masa bulan puasa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan cerita ni jugak kak..best..hehe

      Delete
  4. Wow Adi Putra.. Actor peberet ni, tapi tak tau la sempat ker tak nak tengok nanti ni... Ramadhan ni confirm busy..

    ReplyDelete