30 June 2016

Sinopsis Drama Ketupat Palas Mr Handsome (TV3)



Country & Universal Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru untuk slot Lestary TV3 berjudul Ketupat Palas Mr Handsome. Menampilkan gandingan pelakon popular iaitu Mira Filzah dan Fattah Aminz sebagai pelakon utama. Drama arahan Yeop Hitler itu bakal ditayangkan pada bulan Ramadan, bermula 23 June 2016, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.


JUDUL : KETUPAT PALAS MR HANDSOME

EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 23 June 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SKRIP : Sofia J Rhyland
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler)
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Fattah Aminz, Shah Sulaiman, Aisya Hasnaa, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, Firdaus Ghufran, Syazuwan Hassan


WATAK PELAKON

Mira Filzah sebagai Ayu
Fattah Aminz sebagai Kruz
Aisya Hasnaa sebagai Natasha
Eyka Farhana sebagai Umi
Marisa Yasmin sebagai Maryam
Shah Sulaiman sebagai Joe (PA Kruz)
Firdaus Ghufran sebagai Amar
Syazuwan Hassan sebagai Sam 


LAGU TEMA / OST  KETUPAT PALAS MR HANDSOME

Tajuk : Aizat Amdan
Penyanyi : Bagai Hidup Semula
Lirik & Lagu : Link

SINOPSIS KETUPAT PALAS MR. HANDSOME

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.

2 comments:

  1. macam best ni..nanti nak tgk :)

    ReplyDelete
  2. ini kalau tengok sure melekat kat tv ni…. huhuhu

    ReplyDelete