20 April 2016

REDHA : Jangan Sorokkan Anak Autisme, Berbahagialah

Assalamualaikum...

Kalau pada tahun yang lepas, yaya pernah buat blogpost mengenai kanak - kanak yang menghidap penyakit kanser iaitu Travelling Beruang, Kali ni, diri rasa terpanggil untuk menerima sebuah anugerah terindah dari Allah swt mengenai REDHA, yaya terbuka hati untuk membuat posting yang rasanya amat amat teristimewa bagi yaya kali ni...




Filem yang mengisahkan Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autism. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu. 



Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester
Pengarah: Tunku Mona Riza
Format: 2D




Zarina Zainuddin, antara pelakon yang mempunyai sepasang kembar yang menghidap peyakit autisme...tonton , dengar dan hayati ... 

MasyaAllah...Allah sahaja yang tahu naluri hati ibu...yaya juga seorang wanita , yaya fahami hati Zarina Zainuddin....

Yaya menyeru...marilah sama - sama kita menyokong filem berunsurkan kemasyarakatan...bawalah kewangan anda ke arah kebaikan...

Pesanan yaya, jagalah amanah Allah swt, jangan mengeluh dan jangan pernah jemu dengan anugerah dari Allah...apa yang Allah bagi tu, rezeki..ada hikmah di sebalik tiap - tiap kejadianNya...bersyukurlah....




4 comments:

  1. Betul tu, sesetengah manusia tak faham betapa istimewanya anak-anak istimewa ini, tidak setar betapa mereka sebenarnya adalah anugerah dari Dia untuk hamba-hambaNya yang terpilih :'(

    ReplyDelete
  2. Saya tertarik dengan tulisan anda mengenai Psikologi. Perkembangan psikologi manusia sekarang ini harus sangat diperhatikan agar mereka tidak berkembang dengan mental yang salah. Saya memiliki beberapa tulisan sejenis mengenai psikologi yang dapat dilihat di www.ejournal.gunadarma.ac.id

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...terima kasih.ada juga yang memahami isi hati yaya yang terbuku dan diluahkan di sini..terima kasih sekali lagi

      Delete