19 January 2016

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016 : Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)

Jadual Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Mac 2016. Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD seperti dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan. 

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki.  Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki  TD pada tarikh yang akan dimaklumkan berasingan.  Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon. 

Syarat Kelayakan Akademik

  1. * Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah).
  2. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  3. * Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pen Peg Perubatan/ Pen Peg Farmasi / Jururawat Terlatih / Jururawat Pergigian/ Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  4. * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.

Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT):

  1. * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau
  2. * Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau
  3. * Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. 

Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan sesalinan dokumen seperti berikut:
  1. * Kad Pengenalan.
  2. * Sijil Kelahiran.
  3. * Sijil SPM.
  4. * Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  5. * Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  6. * Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  7. * Diploma Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  8. * Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  9. * Sijil Berhenti Sekolah.
  10. * Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  11. * Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  12. * Sekeping gambar terkini berukuran passport.
  13. * Sila bawa bersama ball pen hitam.
  14. * Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm. 
Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan di link klik TD 

Cara Hubungi TDM

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2188/6030
atau
Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my 


sumber : Panduan Malaysia


1 comment:

  1. wahh peluang join Kor Angkatan Tentera... bagus ni.. :)


    p/s : haii Yaya.. saje jalan2 singgah sini.. tanya khabar Yaya.. :)

    ReplyDelete