17 December 2015

Blogger - ex student ILPKLS & UiTM Machang

Assalamualaikum ... selamat petang .... 


Alhamdulillah terbuka kembali hati nak berblog lepas habis belajar. Sejujurnya yaya pernah wujudkan sendiri blog yaya waktu umur 18 tahun . Masa tu yaya tengah sambung belajar dekat Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat dalam bidang Multimedia Interaktif. Tapi kan, blog tu pasal yaya dengan couple yaya. Hahaha.... ( tekup muka ) lepas tu tak tahulah blog tu wujud lagi ke tidak . Yaya ingat lagi apa nama blog tu , tapi rasanya takdak da kut .. sebab langsung tak aktif kat blog tu . 

Actually , yaya taklah tahu pun apa fungsi blog ni . Yaya main tekan - tekan jer pun... Bila dah habis study kat ILPKLS tu yaya main blog balik . Apa nama blog tu pun yaya dah tak ingat dah..sampailah sambung Diploma dekat Universiti Teknologi MARA kat Machang. Yang peliknya menjadi tebiat tu , tiap kali create blog baru jer yaya tak aktif pun...sengal - sengal jer...blog tu yaya biarkan berhabuk sampailah berkubur macam tu jer...

Pada pertengahan Jun 2014 , yaya wujudkan kembali blog sendiri sebab masa tu tak tau nak buat apa waktu malam lepas habis belajar , haa lagi satu ! sebab waktu tu yaya kecewa boypren lame da kawen...hihihii.... dah dahh..tak payah membahan.. sambung citer ..

Ingat lagi waktu tu yaya pakai netbook ummi yaya dan guna broadband sendiri sebab laptop dah rosak tepat - tepat habis diploma dulu.  Sekarang ni laptop tu adik bongsu yang guna dan broadband tu pun yaya bagi dekat dia..biarlahh dia belajar - belajar kan...hahhaa...


Perasaan tersenarai dalam 4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015

Sekarang ni yaya nak ceritakan sikit pasal apa perasaan yaya lepas disenaraikan dalam blog blogger cun 2015 ?? haa !! Sebenarnya yaya takdak perasaan pun... * eh boleh tak yaya kata macam tu ?? hahhaaa .... ) wehh wehh wehhh korang , yaya gurau jeelaa...ehhemm...takdak lah terkejut punnn sebab da memang ciptaan Allah tu semuanya cun - cun belaka kan..mana takdak yang tak cun pon... ( mak hang pun cun kan ?? ) 

Di kesempatan ini yaya nak ucap terima kasih buat blogger Hasrul Hassan sebab sudi perkenalkan yaya di ruangan entry '4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015' .. Kehadiran yaya dalam dunia blogging ni sebenarnya yaya sendiri tak jangka dan takda plan pun dalam hidup yaya untuk lebih serius dalam bidang ni..sampailah pada suatu ketika yaya dipertemukan dengan keluarga 'Kelab Blogger Ben Ashaari' .. 

Yaya Cendana - www.yayacendana.com

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015


" Blogger yang pada saya masih lagi baru, dengan post terawal diterbitkan pada tahun 2014. Seorang blogger yang mempunyai diploma dan aktif dalam menerbitkan artikel terbaru. Blog blogger cun pilihan 2015 ini mempunyai 945 followers di Google Plus, dengan blog mempunyai jumlah pageviews sekitar 40K setakat entri ini ditulis. Jangan lupa jadi follower blog ini -www.yayacendana.com " - Hasrul Hassan - sumber

4 comments:

  1. wah.. bestnya btw gud luck yaya... moga terus maju...
    p/s: kisah lama jgn dikenang...kihkih

    ReplyDelete
  2. congrats yaya.. u deserve to get it

    ReplyDelete