26 December 2015

Jeles ke Garang ?


Assalamualaikum...akhir tahun ni tengah musim cuti sekolah panjang buat aku jeles kat adik bongsu . 

Dia tahu aku dah kerja dan tak da cuti panjang macam dia . Paling tak puas hati bila dia ejekkan  aku . Memandangkan dia masih darjah 2 , aku kena bersabar .. huuu ... 



Petang tadi aku layan adik bongsu main basikal . Dah nk dekat maghrib baru nak masuk rumah .. haishhh ... layankan aje lah budak darjah 2 ni . Takpelah kan , dia lah yang paling kecik dalam keluarga kami . Karang bila dia dah besar tak dapat dah nak merasa bau budak ni .. 

Dalam diam kekadang aku terfikir sejenak .. diri aku makin jadi serius . Dunia ni tak semudah yang kita sangkakan . Tak semudah apa yang kita rancangkan tu menjadi kenyataan . Kalau dulu aku ada buat target nak ada kerja yang tetap .. tapi bukan mudah nak dapatkan kerja yang tetap tu . 

Ada juga aku nak buka sebuah butik sendiri tak kisahlah di rumah ke .. yang penting aku nak buka bisnes yang aku suka buat . Contohnya jahit manik tak kisahlah pada baju pengantin atau baju biasa .. alhamdulillah aku bukanlah seorang yang malu nak  promot servis aku di laman sosial . Ada yang dah tahu servis yang aku lakukan dan hantar pakaian dorang untuk aku hiaskan bagi cantik .



Pernah jugaklah aku hantar sebuah portfolio artwork jahitan manik aku dekat butik - butik . Niat aku cuma nak dapatkan job yang boleh aku buat dekat rumah .. tapi aku jadi terkilan sebab ada yang ambil kesempatan ke atas kepercayaan aku pada tauke butik tu . Dia curi hasil kerja aku . 

Atas pengalaman yang aku dapat tu , aku tak mudah nak berikan design aku sesuka hati pada orang lain . Kalau ada gambar pun , aku akan letakkan watermark . Kau bukan ' yaya cendana ' pun . Aku akan letakkan nama ' lestary design exvlusive ' atau ' yaya avenger ' . 




3 comments:

  1. Semoga berjaya bukak butik sendiri ye

    ReplyDelete
  2. asalam dah follow laman anda ya ..ke laman Etuza pula ya jika sudi..

    ReplyDelete