24 November 2015

Tips Berguna Tiru Style Emma Maembong!

tips berguna tiru style emma maembong


Siapa Emma? Emma Maembong, 22, merupakan bintang paling bersinar dalam keluarga Maembong, aktres terkenal, selebriti kesayangan Malaysia, bahkan antara social influencer paling berkuasa dalam arena media sosial Malaysia.
Personaliti Emma yang bubbly, nakal dan ceria di luar set penggambaran berubah tatkala melangkah ke permaidani merah!
TIPS InTrend
1. Sarungkan gaun labuh kuping sekuin untuk gaya permaidani merah paling win. Jika anda berhijab seperti Emma, imbangi penampilan berkilauan dengan sehelai hijab/selendang yang matte. Atau pilih selendang satin tanpa corak untuk efek luxe.
2. Jika dress yang dipilih polos tanpa sebarang perincian pada bahagian dada atau tangan, sarungkan aksesori berjemeki untuk efek wow.
3. Antara elemen yang boleh menyerlahkan gaya dress wanita berhijab adalah kuping sekuin, manik, mutiara, perincian fringe, juga perincian pelepah burung kasawari (lihat dress rekaan Rizman Ruzaini untuk Ziana Zain pada KLFWRTW 2015 yang lalu).
4. Tidak perlu mengenakan warna sedondon daripada tudung, dress hingga kasut. Sebaliknya pecahkan dominasi warna dengan memilih satu warna lain yang kontras. Serlahkan warna kontras tersebut pada clutch bag atau tudung anda.
10 Must Haves!
1. Dress satin, Karen Millen
2. Dress pendek sarat sekuin, Miss Selfridge
3. Dress kembang bersekuin, Kate Spade
4. Cape merah, Kate Spade
5. Rantai tear drop, Kate Spade
6. Subang gantung, Kate Spade
7. Cincin rona rose gold, Thomas Sabo
8. Cedar pearl tote bag, Kate Spade
9. Patent leather pumps, Kate Spade
10. Bintik polka, Kate Spade

4 comments:

  1. Tu lah tengok kat tv dalam the house tu sempoi jer pakaian dia. tetap nampak comel

    ReplyDelete