8 July 2015

Seharian Bersama Lembaga Zakat Selangor

Assalamu`alaikum

Bercerita mengenai zakat, Sabtu yang lepas alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi diberi peluang buat pertama kalinya Yaya ke Rumah Kebajikan Baitul Mawaddah di bawah naungan Lembaga Zakat Selangor. Di sana Yaya dapat meluangkan masa bersama atok - atok dan nenek - nenek yang alalalaaa cute nyaaa......comel sangat gelagat depa...Makteh antara penghuni yang ada di rumah warga emas ni. Dialah yang paling cute dan kelakar, ada saja akal dia nak nyakat orang lain.

Tugasan LZS

Lembaga Zakat Selangor mempunyai misi yang akan menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan dan agihan zakat dengan efisen selain efektif dan berkualiti kepada umat Islam di Selangor berdasarkan nilai-nilai terpuji yang selaras dengan tuntutan syarak.



Antara yang berbakti pada atok - atok dan nenek - nenek di Baitul Mawaddah 

Aktiviti bersama

Perkenalan kami bermula dengan memperkenalkan diri oleh penghuni Baitul Mawaddah seterusnya diiringi oleh kami para blogger serta rakan media yang lain termasuklah Radio Television Malaysia (RTM) dan NTV7. Ada seorang cikgu jasmani menggayakan kami dengan senaman ringan bersama warga emas yang alalalaa....cute nyeerrr....


Sempat lagi nenek - nenek buat kuih samprit . Jap, Yaya tolong ambil gambar jeerrrr.....tak tolong pun....


Yaya bukan nak buat food review tau....waktu puasa ni tengok makanan kat atas ni pun boleh kecur lidah

Penutupan kata

Akhir sekali semoga silaturrahim yang kita bina sepanjang perkenalan diberkati Allah swt, atok - atok dan nenek - nenek sihat tubuh badan hendaknya...amin....

Hubungi Lembaga Zakat Selangor 

LZS merupakan pemegang amanah yang menguruskan Kutipan & Agihan Zakat anda di negeri Selangor. Menyebarkan dakwah, memudahkan urusan pembayaran dan mengagihkan zakat dengan TELUS kepada yang BERHAK.


Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,

Tel: +603-55227700
Fax: +603-55227724
Talian Zakat Selangor: 1 800 88 53 53
callcentre@e-zakat.com.my
Layari facebook klik sini


10 comments:

  1. seronok tengok persiapan raya meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersama mereka merasai kesederhanaan :)

      Delete
  2. Insyaallah, Raya nanti Kak Nina akan singgah sana jumpa atok nenek. Mereka pasti seronok nampak kita datang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa hari bulan kak?nanti roger ye :)

      Delete
  3. Insyaallah, Raya nanti Kak Nina akan singgah sana jumpa atok nenek. Mereka pasti seronok nampak kita datang.....

    ReplyDelete
  4. Insyaallah, Raya nanti Kak Nina akan singgah sana jumpa atok nenek. Mereka pasti seronok nampak kita datang.....

    ReplyDelete
  5. pengalaman yang baik buat yaya

    ReplyDelete
  6. Bestnya..
    sila email nama alamat dan no fon. Nk pos kad raya GA

    ReplyDelete