4 June 2015

REVIEW SIDANG MEDIA : MAJLIS PELANCARAN RAMADHAN BERSAMA PALESTIN dan juga Majlis Mandatangani Perjanjian Persefahaman antara Aman Palestin dengan Syarikat Nubex

3 JUN 2015, MEGA BANQUET HALL, MENARA KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 3 Jun : Hampir setahun telah berlalu selepas serangan 51 hari tentera Zionis, kesan runtuhan masih dapat lagi dilihat di bumi Gaza, kerja - kerja pemulihan belum lagi dapat dijalankan dengan sempurna berikutan beerapa kekangan terutamanya dari segi kewangan berikutan kadar kos semakin meningkat. Namun, pada minggu lepas kita dikejutkan lagi dengan serangan ganas daripada tentera zionis Israel.

Pasa hari semalam, Aman Palestin telah melancarkan kempen " Ramadhan bersama Palestin" yang akan berlangsung di seluruh negara sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba ini. Pada tahun ini, Aman Palestin Berhad mensasarkan kutipan sebanyak RM30 juta yang akan disalurkan untuk beberapa kategori antaranya sahur dan berbuka, imarah Masjid al - Aqsa serta bantuan untuk keluarga miskin dan keluarga syuhada di Gaza dan Tebing Barat. Selain itu, dana tersebut juga akan disalurkan untuk projek - projek pemulihan dan pembangunan Gaza yang giat dijalankan.

Untuk sumbangan Ramadhan kali ini, Aman Palestin telah menetapkan pakej seperti berikut : RM50 untuk sijil wakaf Palestin, RM100 untuk duit raya, RM200 untuk imarah masjid al - Aqsa serta RM300 untuk sahur dan berbuka puasa.

Melalui kempen Ramadhan ini, pelbagai aktiviti serta program akan dijalankan di seluruh Negara seperti solat terawih bersama Imam Palestin. Maklumat lanjut mengenai aktiviti akan diwar - warkan di media massa serta laman media sosial rasmi Aman Palestin.

Pada hari semalam juga, Aman Palestin Berhad telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat Nubex SDN BHD. Dengan kerjasama ini, para penyumbang dan orang ramai mendapat lagi satu alternatif untuk memberi sumbangan kepada Palestin iaitu melalui pembelian wang dinar dan dirham.

Akhir sekali, diharap agar seluruh rakyat Malaysia akan menyokong dan terus istiqamah dalam memperjuangkan isu ini serta mengalu - alukan segala bentuk kerjasama dari pelbagai sektor awam dan kerajaan, termasuklah khidmat nasihat dan juga sumbangan tenaga.


Semoga pertemuan semalam akan menjadi satu titik tolak bagi terbinanya sebuah empayar yang mampu membebaskan Al - Aqsa, sehebat Salahuddin Al Ayyubi. Semoga setiapa apa yang kita kerjakan pada hari ini dan seterusnya dikira sebagai jihad di sisi Allah SWT, In shaa Allah.








Kerjasama antara Aman Palestin Berhad bersama Nubex



Majlis diserikan lagi oleh Aps` Buskers












Sekalung penghargaan atas jemputan serta jamuan Hi - Tea. 
Terima kasih
- aid for freedom -


6 comments:

  1. moga usaha aman palestin terus diberkati dalam membantu rakyat2 palestin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin....in shaa Allah...sama - sama kita doakan

      Delete
  2. tahniah aman palestin..
    teruskan usaha murni anda.

    ReplyDelete
  3. Semoga usaka yang baik ini berterusan dan dipermudahkan...

    ReplyDelete