9 April 2015

KARIER SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN HARIAN ( PSH )

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia (Nak jgak)...


Baru je dapat duduk depan PC lepas dah siapkan semua kerja. Now masa untuk mencorat-coret. Oke la entry kali ini Yaya teringin nak share dengan semua pasal apakah itu Pekerja Sambilan Harian. Haaaa...pernah dengar tak kamu-kamu semua? Tak familiarsgat kan tetapi gelaran PSH itu terlalu sebati dalam hidup Yaya....

PSH bermaksud satu jawatan yg disediakan oleh kerajaan mengikut tempoh tertentu. Dalam pekeliling da state 3 bulan jerrr tapi bergantung juga pada sesuatu Jabatan tu (Yaya pernah dapat yang setahun). Dan pengambilan dia bukan lah melalui SPA seperti yang diidamkan oleh semua orang tetapi melalui Jabatan / Kementerian tu sendiri. Camne nak apply?? Haaaa.... Antar je kat setiap kementerian yang korang kenan tu.....Camne nak dapat kan alamat??? Haaaa.....tu kene tanye Encik Google ye...Ehehehe....

Serba sedikit tentang PSH ni, pembayaran gaji adalah mengikut upah hari. Tangga gaji pula berlainan mengikut tahap pendidikan. Untuk SPM kadar dia RM54/hari, DiplomaRM72/hari dan Degree RM100/hari. Tempoh dia hanya sementara saja. Sesuai lah untuk mereka yang sambil2 nak mencari kerja yang lebih bagus atau tunggu panggilan kerja yang tetap. Pekerja tetap jangan plak gatal2 nak apply benda ni. Kang menyesal tak sudah...

Ini la sejarah kehidupan aku setia sehidup semati sebagai PSH di :
  • Jabatan Kerja Raya
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  • dan latest Kementerian Sumber Manusia

Kadar Bayaran

Gaji PSH mengikut kelayakan: 
SPM-RM54/hari
Diploma-72/hari
Ijazah-RM100/hari

PSH tiada sebarang benefit. Tiada sebarang elaun. Tiada cuti sakit. PSH ijazah la paling sakit kalau MC sebab terbang RM100 sehari. Tiada cuti tahunan. Semua cuti tak kiralah cuti apa pun akan ditolak gaji. Walaupun public holiday. YES. Even cuti umum pun PSH akan ditolak gaji kerana PSH hanya dibayar gaji mengikut bilangan hari bekerja sahaja.

Tapi, PSH boleh claim kalau ada kerja-kerja luar dan layak terima bonus kerajaan (RM500 sahaja). Tapi claim ni atas budi bicara bahagian kewangan juga. Kadang-kadang bahagian kewangan cakap tiada budget  jadi tak boleh claim  maka tak bolehlah claim. Sebagai PSH apa sangatlah hak bersuara yang ada. Kena ikut sahajalah. 

PSH tiada peluang diserap sebagai tetap atau kontrak atau sementara. Sebagus mana pun PSH tu, tetap tak boleh diserap. Kena apply macam biasa melalui permohonan online atau SPA. Ada kawan saya ni yang memang bagus buat kerja sampai dicadangkan dan disokong oleh ketua dia untuk diserap tapi tak boleh sebab tu peraturan PSH.

PSH boleh disambung kontrak. Mengikut peraturan PSH hanya boleh dilantik selama 3 bulan dan sekiranya diperlukan disambung bagi tempoh 3 bulan lagi menjadikan tempoh lantikan sebagai PSH maksimum ialah selama 6 bulan. Kalau nak sambung juga, PSH kena lalu balik prosesinterview/exam. Tetapi, memang ada kes-kes yang jadi PSH sampai lebih dari 6 bulan. Sepatutnya tak boleh tapi tak susah pun kalau setakat nak buat mock up interview/exam. 

Walaupun PSH mempunyai Ijazah yang meletakkan kelayakan PSH pada gred 41, PSH tidak diiktiraf sebagai pegawai kerana PSH hanya pekerja sambilan. Pengalaman saya, PSH ni lagi rendah dari kerani-kerani disebabkan taraf sambilan tersebut. 

PSH tidak layak dapat slip gaji di sesetengah jabatan. Sedih kot tiada slip gaji. Nak beli harta ke buat pinjaman ke tak boleh sebab tiada slip gaji. 

Cara Memohon

PERMOHONAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN(PSH) PEMBANTU TADBIR N17

NAMA                         : NURUL (NAMA FULL) 
NO K/PENGENALAN   : 0000 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 

2.         Adalah saya seperti nama di atas berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Pekerja Sambilan Harian(PSH) Pembantu Tadbir N17 di jabatan tuan. 3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala pertimbangan pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

(lepas tu tandatangan jangan lupa , lau nak apply untuk dua jawatan dalam satu jabatan , antar lah dua surat iringan berasingan , paham ? )

Nasihat saya;

1. Ambillah mana-mana kerja sebagai pengalaman dan pengajaran tak kisahlah macam mana sekalipun kerja tu. 

2. Semaklah caruman KWSP pastikan caruman dibuat. Jangan gaji dipotong tapi caruman tiada. Cara nak semak pergi KWSP daftar semakan online lepas tu bila-bila dapat semak caruman ada dibuat atau tidak. Kalau tiada buat laporan pada KWSP. KWSP memang akan ambil tindakan. Jaga hak kita.

3.  Dalam organisasi yang majoritinya Melayu, sesi bergosip berpisah tiada. Berhati-hatilah bila meluahkan sebarang ketidakpuasan hati kerana kadang-kadang akan memakan diri. Saya jenis yang tak suka campur bab-bab gosip ni.

credit to : Nuyumi












75 comments:

  1. assalamualaikum psh dapat bonus raya tahun ni rm 500 ?hehehehe

    ReplyDelete
  2. godek blog yaya jumpa post ni..nice sharing...tq sbb bg info..hee

    ReplyDelete
  3. nice sharing..gud infonation. saya ade gak mtk jawatan ni tp xde lagi feedback ...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...xpe...in shaa Allah ada peluang lagi :)

      Delete
  4. nice sharing..gud infonation. saya ade gak mtk jawatan ni tp xde lagi feedback ...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Kita hantar surat tu bila ada vacancy atau kita boleh hantar shaja?

    ReplyDelete
  6. As salam sis..ade risiko x PSH? yela, keje kan kontrak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. risikonya kita kena cari kerja lain selepas tiga bulan :)

      Delete
  7. wahhh first time tau pasal PSH ni.. haha... bagus gak ada skim ni kan... senang tak nak kena panggil?

    ReplyDelete
  8. ada jawatan kosong open kat opis Bonde Meh lah apply Yaya untuk Kontrak/Tetap :)

    ReplyDelete
  9. KG singgah d sini melawat BLOGJOGGING EXCHANGEFEEDGROUP

    amboi..yaya comellll jerrr

    ReplyDelete
  10. bagus jugak kalau dapat PSH ni.. sebagai pengalaman.. nanti kalau dapat panggilan interview SPA, boleh la citer pasal pengalaman PSH ni... :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Pengambilan selalunya jarang diambil pada bulan september

      Delete
  12. As salam yaya..nak ty sikit..if nak hantar permohonan kena attach maklumat apa ye?? Sijil2 semua kena ada pengesahan x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam ...

      - IC , SPM , KELULUSAN , SURAT BERANAK , RESUME
      - Ada pengesahan

      Delete
  13. Terima kasih di tas perkongsian. Bila dan selesai baca baru tau sangat berisiko bagi yang telah berjawatan tetap tapi gatal2 nk apply PSH ni namun bagi yg jobless boleh dianggap HARUS untuk mencuba. Tq YAYA,

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. salam . sy nk tnya . mcm dari segi pembayaran gaji awak . tarikh awak dpt gaji ?? sama x setiap bulan . pernah tak dpt lambat ?? saya pun psh jugak . dah 2 tahun bekerja psh di jabatan yg sama . tak pernah tukar . tapi masalah sy ialah pada gaji . selalu lmbat !!! kdh2 tersangat lmbt . bgkan gaji bulan 11 septotnya akn dpt pada 7.12 . tapi sy . smpai lah 17.12 ni gji bulan 11 masih xdpt2 lg . kadang ade tu smpai sebulan tkdpt gaji . stressssss sgt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy na tau juga kalau ex-psh ni, layak ta dpt bonus tahun depan tu? hehehehe :P

      Delete
    2. Suhaiza :

      waalaikumsalam..bergantung pada sesebuah jabatan tu awak.permah juga saya dapat gaji lambat.sampai dua tiga bulan tak dapat gaji.alhamdulillah dapat juga akhirnya dengan buat tuntutan..

      Delete
    3. Anonymous :

      layak untuk sekali sahaja

      Delete
  16. hello. na tnya juga nie.. kalau ex-psh ni, layak ta trima bonus tahun depan tu? wahahahaahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai...

      layak cuma untuk sekali sahaja selepas berkhidmat

      Delete
  17. Salam nak tnya. Intrview psh ni susah x? And intrview in bm or bi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..selalunya tak susah mana.cuma perlu baca berkaitan integriti
      ada juga buat interview dalam bahasa inggeris seperti di kementerian pelancongan

      Delete
  18. Salam tuan tanah.mohon izin.kepada yang berminat utk bekerja sebagai PSH mohon emel surat permohonan dan resume ke anuar@kpwkm.gov.my
    terima kasih :

    ReplyDelete
  19. Salam tuan tanah.mohon izin.kepada yang berminat utk bekerja sebagai PSH mohon emel surat permohonan dan resume ke anuar@kpwkm.gov.my
    terima kasih :

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. betul la apa yang Cik Yaya kata.. sebagaimana saya pun PSH.. pe2 rezeki ada di mana2.. yang penting redha...

    ReplyDelete
  21. Saya nak tanya pasal bonus yang kerajaan bagi rm500 tu...PSH layak untuk dapatkan? Macam mana procedure untuk dapat tu? Mintak tolong bagi pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layak cuma untuk sekali sahaja selepas berkhidmat

      Delete
  22. Salam Yaya! terima kasih atas perkongsian pengalaman.. Saya nak tanya berkaitan KWSP. Bg yg tiada KWSP, kena buka akaun sendiri ke? Bagaimana dgn proses pembayaran gaji? kena uruskan sendiri ke? TQ ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam :)

      ye betul wajib buka akaun KWSP tu.
      pembayaran gaji mengikut hari kita harus sediakan untuk diserahkan kepada pihak kewangan jabatan/kementerian :)

      Delete
  23. teringt mase kerja PSH dulu..Alhamdulilah skrg dh dpt jwatan tetap wlaupun lain kementerian...heee

    ReplyDelete
  24. Salam yaya, ada had umur x mohon psh?

    ReplyDelete
  25. Slm, tumpang tanya, keje psh ni buat apa ye?

    ReplyDelete
  26. Assalam..nak tnya contoh klu kontrak hbis disenmber tahun 2015.. Masih layak atau tak utk dpt bonus rm500 yg tahun lepas punya..

    ReplyDelete
  27. salam.. boleh ke psh apply utk ke jwtn tetap? org slalu suruh ke kontrak dlu..memandngkn kontrak bakal dimansuhkan dis 2016, sy nk apply jd tetap trus..huhu Kerja luar bidang pun sy kena buat..rs mcm kena buli. and yet, they acted as in nothing happen just bcos "they've been there" haih..manusia.

    ReplyDelete
  28. salam..selain pembantu tadbir..jawatan ape lg boleh mohon ye?

    ReplyDelete
  29. salam. maaf ye saya nak beri pandangan sedikit. Saya merupakan PSH Gred 41 di Kementerian Pendidikan Tinggi dan dah setahun lebih di sini. Alhamdulillah. Di bahagian saya, diorang tak pandang PSH 41 ni lagi rendah dari kerani. Siap ada yang panggil sy bos lagi. Tapi, kami pegawai2 kat sini bergaul dengan semua peringkat. Takde 'gap' antar kerani dan pegawai. Tapi, saya tak tau la kalau di bahagian lain.
    #jgnkecamsaya

    ReplyDelete
  30. salam, cmne procedure nak dapatkan bonus rm500 tu? tq. :)

    ReplyDelete
  31. nak tanya berapa lama masa selalunya untuk dipanggil bekerja jika dah hantar resume ?

    ReplyDelete
  32. Hai kak :)

    Kin skrg PSH di UiTM tapi level SPM. Sakit la juga kak .. nanti lah nak try diploma nye level :)

    ReplyDelete
  33. keje PSH nie senang tp tu la bab gaji ni memang lambat dia orang kira.. kekdg cpt kekdg lmbt.. stresssss...

    ReplyDelete
  34. Saya penjawat PSH sekarang, tumpang tanya..kita dibayar hari atau jam?sebab sepatutnya khamis (johor) jumaat ( selain johor) akan balik awal kan.

    ReplyDelete
  35. saya penjawat PSH sekarang..nak tanya..hari khamis ( johor ) jumaat ( selain johor ) sepatut nya balik jam bape ye?kita dibayar mengikut jam atau hari ye?

    ReplyDelete
  36. salam..sy pun skrg bekerja sbgai PSH di jabatn perangkaan..tahun ni sy baru tau ada PSH..alhamdulillah..wlupun bukan tetap tp ada jg rzki utk ank..syukur sngt..

    ReplyDelete
  37. Salam. Mohon cik yaya emelkan kepada sy resume, surat permohonan dan lain2 berkaitan psh. Teramat2 berminat dan nak mencuba nasib. Terima kasih

    ReplyDelete
  38. Jawatan kosong psh diperlukan di klinik pergigian kg pandan dalam daerah Hulu langat...jawatan pembantu perawatan kesihatan..segera,,call no nie 01127068986

    ReplyDelete
  39. salam sis..kalau di semester akhir (degree)..blh gna rsult terakhir ke??

    ReplyDelete
  40. assalam nak tanya soalan ap yg selalunya ditanya waktu interview

    ReplyDelete
  41. Nk tnya kalo kita hantar pemohonan ke pelbagai jabatan,cover letter nk kena pakai alamat setiap jabatan tu ke cmne

    ReplyDelete
  42. Dulu masa usia pertengahan 20an saya pernah bekerja PSH Sambilan ni di HKL. Wktu tu kontrak disambung setiap tahun & ada cuti tahunan 7 hari. Alhamdulillah rezeki Allah luas, setelah bertahun2 kerja di bidang swasta & keluar masuk beberapa syarikat, dikurniakan anak 3 orang, umur pun mencakupi 30an, akhirnya ditawarkan bekerja di bidang govt secara tetap. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui rezeki seseorang, baik kecik atau besar, baik cepat ataupun lambat..yg penting jgn lupa kepadaNYA.

    ReplyDelete
  43. Baru dpt panggilan tadi dari Jab Perangkaan Gombak😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk dh prgi interview?. Soalan yg mcm mne ye yg ditanya?

      Delete
    2. sama la . sy pun dapat kat jabatan perangkaan johor . Alhamdulillah , start 3/10 dah kerja

      Delete
    3. sama la . sy pun dapat kat jabatan perangkaan johor . Alhamdulillah , start 3/10 dah kerja

      Delete
  44. Apapun lebih baik kerja swasta atau buka bisnens sendiri lagi bgus..

    Nasib pekerja PSH ibarat hamba abdi, buat kerja lebih dari staff tetap..

    Kadang2 kasihan juga dengan tanggungjawab mereka..

    K.P.I dan kualiti yang ditetapkan utk psh pula jauh lebih berkualiti berbanding staff tetap sedia ada..

    ReplyDelete