17 July 2014

:::JAGA AIB:::

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...


Jaga Aib, Jaga Aib Saudara



Kadang-kadang ada benda atau perkara yang kita lakukan dan kita pernah lakukan. Dan kita tahu benar ia dosa, sama ada besar atau kecil, atau sekalipun ia perkara makruh yang dipandang buruk agama dan masyarakat.

Untuk itu, beberapa perkara perlu dijaga
1. rahsiakan, kerana aib itu telah dijaga Allah sehingga si pelaku mebuka aibnya sendiri

2. rasa bersalah, dan bertaubat, walaupun ia adalah perkara berulang, semoga ada suatu saat tuhan membantu kita menjauhinya

3. melupakan. ada perkara2 dosa yang merupakan saat manis dalam hidup kita, seperti,

~[dulu aku ponteng jumaat gi bowling], [dulu aku gi "fly" tak kena tangkap] [dulu aku kapel jugak cam korang, tengok sekarang dah jadi alim besar jugak] [sayang, ingat tak dulu masa kita belum kahwin, kita main-main hujan, pastu .dot.dot.dot.]

Elakkan mengingatnya walaupun kepada hanya seorang. Allah telah menutup aib kita, melainkan apabila kita sendiri membukanya. Saya petik satu hadith terkenal tentang ini;

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah.” (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim)..


Dalami agama, supaya tahu mana salah dan mana betul. Tabir Allah sentiasa kekal tertutup melainkan kita sendiri membukanya. Tiada istilah memberitahu aib sendiri kepada orang lain untuk dosa diampun. sejauh mana kita merahsiakan amal-amal baik kita, rahsiakan jua amal buruk kita. Fikir guna wahyu, mungkin kita sendiri tidak faham apakah perintah ini.

Dan, tutuplah aib sahabat dan kenalan, jauhi dari mencari-cari kesilapan dan keburukan. Kerana setiap orang ada keburukan masing-masing, ada kesalahan masing-masing. Sejauh mana kita bertaubat, itu bezanya. Semoga Allah bagi kita taufiq.



4 comments:

  1. Bagus. Perkongsian yang baik. sama-sama la kita menjaga Aib orang. lagi-lagi Aib keluarga sendiri. In Shaa Allah :)

    ReplyDelete